Telinga Gajah - salah satu spesis ikan yang terdapat di Tuas di Yan, Kedah. |
7 TIPS MENGELAKKAN ANDA MABUK LAUT (Mood Ke Laut)
1. Sarapan
Sebelum melakukan perjalanan dengan kapal laut, ada baiknya anda mengisi perut beberapa jam sebelum berangkat. Perut yang sudah terisi membuat badan lebih bertenaga dan tidak mudah masuk angin, punca utama mabuk laut. Tetapi elakkan mengambil makanan yang berminyak atau asam, kerana makanan yang masam akan lambat dicerna sehingga tertumpuk di perut. Sedangkan gabungan antara makanan berminyak dan asid tidak baik untuk sistem pencernaan.
2. Naik kapal besar
Jika boleh memilih, usahakan naik kapal yang besar. Jangan naik kapal kecil! Biasanya kapal besar menghasilkan gegaran yang tidak terlalu besar atau cenderung tidak terasa ketika membelah ombak, sehingga mengurangkan peluang mabuk laut.
3. Duduk di bahagian tengah kapal
Kapal umumnya mempunyai bilik khas untuk duduk penumpang. Usahakan duduk di tengah-tengah kapal. Kapal bahagian depan dan belakang boleh menghasilkan gegaran yang cukup besar ketika membelah ombak, dan itu menjadi salah satu penyebab mabuk laut.
4. Minum ubat anti mabuk
Hal yang paling biasa dilakukan orang bagi mengelakkan mabuk laut adalah meminum ubat antimabuk. Ubat antimabuk memang terbukti mengelakkan kita dari mabuk laut, tetapi jangan terlalu sering, kerana boleh membuat tubuh bergantung dengan ubat tersebut.
5. Rehat cukup
Sebelum melakukan perjalanan, sebaiknya anda berehat yang cukup. Tubuh yang kurang sihat boleh mencetuskan terjadinya mabuk laut. Bila aktiviti banyak dan sukar untuk berehat cukup, anda boleh tidur di dalam kapal.
6. Hirup udara segar
Ada kalanya mabuk laut terasa di tengah perjalanan. Jika hal itu berlaku, sebaiknya anda menegakkan badan dan menghirup udara sebanyak-banyaknya. Jika anda berada di bilik, keluarlah dan akan cari udara segar di geladak kapal.
7. Tetap tenang
Sebelum berangkat, sugestikan diri anda tidak akan mengalami mabuk laut. Sugesti positif tersebut cukup membantu mencegah mabuk laut
sumber: akuanakpahang.blogspot.com
------ ooooOoooo ------
(Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik – anda pasti tidak mabuk)
Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.
Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.
Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.
OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.
Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.
Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket. Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.
Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.
Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.
sumber: atur.tripod.com
Buah-buahan masam ubat mabuk laut
Pandangan beberapa veteran nelayan boleh diberi perhatian mengenai masalah ini. Mual atau mabuk laut berlaku sejak dulu lagi dan pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasinya. Hasilnya, pelbagai cara dan kaedah dilakukan bagi mengekang musibah itu yang pasti akan membantutkan keseronokan dan pemburuan. Namun paling mudah dan berkesan ialah dengan membawa makanan ringan seperti buah-buahan atau gula-gula yang tidak keterlaluan masamnya.
Gula-gula yang ada rasa masam biarkan sentiasa berada dalam mulut untuk mengelak tekak tidak kering. Cengkih juga dapat membantu sebagai langkah ikhtiar mencegah daripada menghadapi mabuk atau mual serta tekak kering.
Pernah berlaku dalam beberapa aktiviti memancing laut dalam, keadaan cuaca panas terik mengakibatkan beberapa kaki pancing diserang mabuk, mual-mual dan tekak kering. Walaupun mereka sudah meneguk beberapa botol air tetapi keadaan masih berada pada tahap yang sama. Namun setelah diberi cengkih untuk beberapa ketika, keadaan mabuk dan kering tekak dapat dipulihkan.
Kemudian anda perlu mengelak daripada terus mendedahkan diri di bawah bahang panas matahari dalam tempoh yang lama.
Faktor lain yang perlu diambil kira ialah memakan buah-buahan masam yang mengandungi banyak air supaya badan sentiasa berada dalam keadaan lembap dan berair selain daripada berpeluh.
Pada masa sama, anda perlu mengambil tindakan ketika berada di laut untuk mengelak daripada terus mabuk dan muntah.
Antara petua terbaik demi menjaga keselamatan, anda dinasihatkan tidak membongkok di bibir bot dengan menghulurkan kepala keluar ketika melepaskan muntah. Perbuatan ini sangat berbahaya kerana risiko anda boleh terhumban ke laut sangat besar dalam keadaan kawalan diri anda yang sudah tidak menentu atau tidak seimbang itu.
Namun dalam apa juga keadaan, kerjasama daripada semua pemancing dalam bot mesti dilakukan bagi bertindak sebagai sebuah pasukan
sumber: http://joran.bharian.com.my
No comments:
Post a Comment