Seseorang bertanya kepada saya, apa yang saya lakukan setiap kali mahu bercakap di depan orang ramai atau mahu bercakap di televisyen/radio. Gunakan tip ini P.A.R.T.:
1) PREPARATION. Buat PERSEDIAAN dari segi fakta dan bahan-bahan yang mahu disampaikan. Sediakan lebih dari apa yang mahu disampaikan.
2) ANTICIPATE! Iaitu jangkakan apa yang akan ditanya oleh hos atau pemanggil atau audien atau peserta berkaitan dengan topik atau pembentangan.
3) REHEARSAL. Berlatih dan terus berlatih. Meskipun saya sudah biasa namun saya masih juga berlatih. Bila sampai di lokasi, biasanya saya akan berkurung dalam kereta dan berlatih dahulu. Practice makes perfect!
4) TRAIN YOUR BRAIN. Lakukan latihan minda dengan menggambarkan atau dengan lebih tepat menvideokan apa yang mahu dilakukan. Lebih terperinci lebih bagus - (See it, Hear it, Feel it).
Ini berdasarkan pengalaman saya. Tiada dalam mana-mana buku.
Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad
No comments:
Post a Comment