Alhamdulillah.. sekali lagi dapat joint kelas Bro Zainal Reuters. Program anjuran Fotologi ni dijalankan di Emerald Puteri Hotel Sungai Petani. Terima kasih kepada majikanku USM di atas kesudian menjadi penaja yuran penyertaan, penginapan & perbatuan.
Aksi penyampaian Bro Zainal yang membakar
Antara peserta yang sedang merancang strategi sebelum memulakan tugasan
Encik Silmi Sulaiman (Fotologi) beraksi bersebelah sebahagian senjata peserta
Nov 2008 - Photojournalism Talk oleh Zainal Abdul Halim (Reuters) anjuran FMDC Utara di Naza Hotel, Pulau Pinang
Photojournalism Talk oleh Zainal Abdul Halim telah memberikan satu impak kepada peserta yang hadir yang mana beliau telah berkongsi pengalaman beliau dari awal bermulanya sebagai karier jurugambar The Sun sehingga ke hari ini yang mana beliau telah menjadi salah seorang daripada 2 jurugambar REUTERS di Malaysia .
Pelbagai tips dan hint telaBro Zainal juga telah berkongsi portfolio gambar beliau yang mana terdapat hampir lebih kurang 200 keping gambar semuanya sebagai panduan kami yang mana merangkumi kerjaya beliau di Afghanistan, Pakistan, Australia, China dan juga pelbagai gambar dari Sports Photojournalism . Beliau juga telah berkongsi beberapa tools beliau untuk peserta mencuba yang mana salah satu daripadanya yang mendapat tumpuan ialah 300mm F2.8.